{"id":5457,"date":"2022-02-10T21:12:44","date_gmt":"2022-02-10T13:12:44","guid":{"rendered":"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/?p=5457"},"modified":"2022-02-10T23:05:00","modified_gmt":"2022-02-10T15:05:00","slug":"m-janakiraman-jasa-untuk-dikenang-di-sebalik-waja-seorang-pencinta-sejarah","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/?p=5457","title":{"rendered":"M.Janakiraman : Jasa untuk dikenang di sebalik wajah seorang pencinta sejarah"},"content":{"rendered":"\n<p> <strong>A.Pandiyan<\/strong> <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Diterjemah ke Bahasa Malaysia oleh S.T. Saravanan.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"alignleft size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/IMG_0071-1-680x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-5458\" width=\"220\" height=\"331\" srcset=\"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/IMG_0071-1-680x1024.jpg 680w, http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/IMG_0071-1-199x300.jpg 199w, http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/IMG_0071-1-768x1157.jpg 768w, http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/IMG_0071-1-1019x1536.jpg 1019w, http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/IMG_0071-1.jpg 1184w\" sizes=\"auto, (max-width: 220px) 100vw, 220px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Anugerah Vallinam mula diasaskan pada tahun 2014. Anugerah yang disampaikan sekali bagi tiga tahun itu akan disertakan dengan wang ganjaran sebanyak 5,000 ringgit. Pada tahun ini, Anugerah Vallinam akan dianugerahkan kepada penulis dan aktivis sosial M.Janakiraman. Pergerakan Sastera Vallinam yang menyampaikan anugerah ini lebih dikenali sebagai wajah baharu kesusasteraan Tamil yang berkualiti di Malaysia. Maka dengan suka cita, pihak Vallinam hendak menyampaikan anugerah ini kepada M.Janakiraman sebagai tanda memberi penghormatan dan seterusnya memperkenalkan beliau secara meluas kepada&nbsp; generasi muda. Rencana ini ditulis sebagai perkongsian berkaitan asal usul&nbsp; M.Janakiraman dan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh beliau.<\/p>\n\n\n\n<!--more-->\n\n\n\n<p><strong>Sejarah\nmasyarakat India di Malaysia<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah dan perkembangan kaum\nminoriti seperti kaum India di negara Malaysia ini sentiasa dirujuk sebagai\ntopik sensasi untuk dipertikaikan. Sebelum ini, ramai individu pernah mencari\njejak sejarah untuk dikaitkan dengan tanah dan perkembangan politik di negara\nini. Ada antara mereka mempercayai bahawa mereka dapat menegakkan hak\nkeberadaan mereka di negara ini dengan mengemukakan bukti dan fakta relevan\nyang tidak disenaraikan di bawah definisi \u2018Sejarah Malaysia\u2019. Lebih-lebih lagi,\nkaum minoriti ini terpaksa membuktikan keberadaan dan sejarah mereka di tanah\nini untuk menyangkal stigma yang dikaitkan dengan mereka sebagai \u2018kaum\npendatang\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Sugguhpun demikian, sebahagian besar\ndaripada fakta dan bukti yang dikemukakan sebagai sejarah di sini adalah berbentuk\nlisan yang diputarbelitkan sehingga mempersoalkan kesahihannya. Hal ini sudah\nmenjadi kebiasaan kepada mereka yang suka menggunkan maklumat sejarah silam\ndemi menegakkan kebanggaan etnik. Ada juga yang sanggup menggunakan fakta-fakta\nsejarah silam berkaitan Rajendra Chola, Kadaram, Parameswara dan sebagainya\nsemata-mata untuk mencipta gambaran supaya mempegunkan orang yang mendengarnya.\nFakta-fakta sejarah seumpama ini disampaikan dalam bentuk kisah perwiraan\ndengan tujuan membangkitkan semangat jati diri dan kekaguman terhadap etnik\nsendiri. Mereka lebih rela membicarakan sejarah silam secara penuh semangat\ndengan tujuan mengangkat maruah diri di hadapan etnik-etnik lain di negara ini.\nFenomena ini hampir sama dengan konsep penyampaian cerita rakyat. Sejarah silam\ndi sini menjadi kaedah untuk mengekalkan perkembangan sesuatu etnik dan\ndisampaikan menerusi mitos-mitos yang digunakan secara turun-temurun.\nKisah-kisah sejarah yang direka tanpa berasas ataupun dibangunkan atas\npenerokaan yang cetek seumpama ini banyak digunakan dalam arena-arena politik\ndan forum motivasi. Mereka melihat kandungan dan fakta sejarah ini sebagai\nmaterial pemasaran untuk menarik perhatian orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Hanya golongan intelektual dan\npenyelidik yang mengambil usaha untuk menghayati kandungan sejarah berdasarkan\nsumber yang sahih. Penerokaan fakta baharu juga disampaikan berdasarkan sumber\nyang nyata sahaja. Hasil penulisan yang dihasilkan dengan kaedah inilah yang\nsebenarnya menjadikan M.Janakiraman sebagai individu penting dalam persekitaran\nTamil Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Dokumen dan\nbuktinya<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya menghayati sejarah\nmasyarakat India di negara ini, segala-galanya bermula pada abad ke-19 apabila\npenduduk dari India Selatan dibawa oleh Kerajaan British sebagai buruh untuk\nbekerja di kawasan perladangan di Malaysia. Pelbagai peristiwa dan sejarah yang\ndilakar adalah berlandaskan kisah hidup mereka di negara ini sejak empat\ngenerasi yang lalu. Oleh sebab tidak mempunyai dokumentasi dan bahan bukti yang\nmencukupi, banyak fakta sejarah didapati masih kabur dan gagal dibuktikan.\nTerdapat juga peristiwa sejarah yang kian dilupakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas memperoleh kemerdekaan,\nnegara kita telah mengalami perubahan dan pertumbuhan dalam pelbagai bidang.\nSungguhpun begitu, taraf hidup kaum yang bertungkus lumus untuk memangkinkan\npembangunan negara sejak zaman prakemerdekaan lagi pula dilihat semakin\nmerudum. Apabila tanah yang diduduki lebih daripada seratus tahun diambil\nsecara paksa atas alasan kemajuan dan penambahbaikan negara, mereka telah\nmenjadi gelandangan dan terpaksa menetap di kawasan pinggir bandar ataupun di\nkawasan terpencil. Dengan nasib yang malang mereka terpaksa hidup merempat dan\nberpindah-randah, maka kenangan dan peristiwa penting yang sepatutnya\ndirekodkan sebagai sejarah pula turut ditelan zaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika hendak memahami masalah\nkehidupan yang dihadapi oleh kaum India di Malaysia ini, maka kita perlu\nmeninjau sejarah bagi tempoh 200 tahun yang lalu. Kita tidak boleh mengubah\nnasib kehidupan ataupun memahami masalah mereka hanya dengan berdasarkan pada\nsejarah zaman silam dan kisah-kisah perwiraan yang dilaungkan secara emosi di\natas pentas. Sebaliknya, golongan muda masa kini perlulah dididik dengan\nsejarah yang betul berkaitan kisah kehidupan nenek moyang mereka yang dibawa ke\nsini oleh orang Inggeris. Setiap peristiwa dan kejadian berkaitan usaha,\nkebangkitan serta pengorbanan mereka mesti direkodkan dengan betul. Generasi\nmuda ini mempunyai ratusan nasihat dan pengajaran untuk dipelajari daripada\nperistiwa lampau demi kemajuan mereka di negara ini. M.Janakiraman merupakan\nantara aktivitis sastera yang giat berusaha berlandaskan ideologi tersebut di\nnegara ini. Sebagai seorang anak jati yang lahir dan membesar di Kuala\nSelangor, M.Janakiraman telah menghabiskan sebahagian besar daripada hidupnya\nuntuk mendokumentasikan sejarah kehidupan masyarakat yang dikera sebagai buruh\ndi kawasan-kawasan ladang di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Sumber bertulis seperti dapatan\nkajian adalah bukti yang penting untuk mengesahkan sejarah dengan keasliannya\nkepada generasi akan datang. Cerita yang disampaikan secara lisan dan tidak\nberasas boleh memanipulasikan emosi yang terbentuk dalam kalangan golongan\nmuda. Dalam penyelidikan sejarah, usaha mengumpul dokumen yang penting dan\nusaha memelihara dokumen dengan serba baik dianggap sebagai tugas yang penting.\nM.Janakiraman telah melibatkan dirinya dalam tugas yang memerlukan banyak masa\ndan usaha itu dengan hati yang rela.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Mahathir dan\nkekangan hidup masyarakat Melayu<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Apabila <em>&#8216;The Malay Dilemma&#8217;<\/em>,\nsebuah buku yang ditulis oleh Tun Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri\nMalaysia diterbitkan pada tahun 1970, kandungan buku tersebut telah dibaca dan\ndibahaskan secara meluas. Selepas &#8216;Peristiwa Mei 1969&#8217;, ramai pemimpin politik\ntelah menyatakan pandangan mereka tentang hak istimewa melibatkan perlindungan,\npengurusan dan pembangunan masyarakat Melayu selaku kaum majoriti di negara\nini. Ideologi yang disampaikan melalui buku Tun Mahathir Mohamad itu menjadi\nkemuncak kepada segala usaha tersebut. Kesusahan yang dialami oleh orang Melayu\ndi negara ini menjadi teras utama dalam agenda politik beliau pada ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, usaha-usaha yang\ndilakukan oleh kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan peruntukan khas kepada\nmasyarakat Melayu tidak boleh disifatkan sebagai tindakan perkauman kerana kaum\ntersebut telah hidup dalam kemunduran sejak dahulu lagi. Sungguhpun Dasar\nEkonomi Baru yang diperkenalkan pada tahun 1971 bertujuan untuk merapatkan\njurang ekonomi antara pelbagai kaum di Malaysia, namun kaum Melayu yang\nmenerima peluang perkembangan secara majoritinya. Jadi, tidak dapat dinafikan\nbahawa karya yang diterbitkan oleh Tun Mahathir Mohamad, <em>&#8216;The Malay Dilemma&#8217;<\/em>\nmendedahkan kekangan kehidupan yang dialami oleh orang Melayu dalam sebuah\nnegara yang mempunyai persaingan tinggi antara pelbagai kaum. Malangnya, tidak\nada buku ilmu yang ditulis pada masa itu untuk mendepankan kekangan sara hidup\nyang dialami oleh kaum India di negara ini. Pada masa tersebut, beberapa\nlaporan pengajian tinggi sahaja diterbitkan berkaitan isu tersebut. Oleh hal\ndemikian, berlakulah kelewatan dalam usaha mendedahkan masalah kehidupan moden\nyang dilalui oleh masyarakat India yang sudah pun menetap di Malaysia ini\nmelebihi 200 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan yang lebih mementingkan\nkebajikan dan pembangunan kaum majoriti secara tidak sengaja telah\nmenganaktirikan perkembangan dan pembangunan kaum-kaum minoriti. Kerajaan gagal\nmerancang pelan pembangunan berasingan untuk mereka. Kaum-kaum minoriti\ndisalurkan dengan peruntukan dan rancangan yang menjadi lebihan konsesi setelah\ndiagihkan kepada kaum Melayu. Parti-parti politik yang sepatutnya membela hak\nkaum minoriti pula mempergunakan mereka sebagai tenaga pekerja yang bergantung\nsepenuhnya pada peruntukan dan sumbangan yang dihulurkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun masyarakat Cina merupakan\nsuatu lagi kaum minoriti di negara ini, namun mereka telah memonopoli kuasa\nekonomi negara dengan berbekalkan ilmu perniagaan dan perdagangan. Strategi\npolitik mereka yang kuat juga telah memangkinkan perkembangan ekonomi mereka.\nJadi mereka berjaya mengatur rancangan ekonomi yang tersendiri untuk\nmembangunkan kaum dan masyarakat mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Nasib kaum minoriti India pula\nberbeza daripada kaum Cina. Tahap kehidupan masyarakat India makin diketepikan\nselepas negara mencapai kemerdekaan. Isu pemecahan dan penjualan ladang menjadi\nfaktor utama kepada masalah tersebut. Ketika pegawai-pegawai British\nmeninggalkan negara ini, mereka telah menjual kawasan ladang secara\ntergesa-gesa tanpa mengambil kira kehidupan pekerja India yang menetap di sana.\nApabila kawasan ladang getah telah dirobohkan dan dijual, kebanyakan masyarakat\nIndia hilang tempat tinggal mereka kerana tidak ada pengaturan alternatif yang\ndisediakan kepada mereka.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah kehilangan persekitaran\nhidup yang pernah diduduki secara bertahun-tahun, kaum India terpaksa\nbermigrasi ke kawasan pinggir bandar. Mereka mula digelar sebagai golongan\nmiskin bandar yang meneruskan kehidupan sebagai masyarakat kelas kedua. Mereka\nyang sebelum ini bekerja sebagai pekebun dan penoreh getah kini kehilangan mata\npencarian di sebuah negara yang sudah merdeka. Isu pemilikan kad pengenalan,\nmasalah permit kerja dan kekangan dalan penguasaan bahasa Melayu turut\nmemburukkan lagi nasib mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pemimpin-pemimpin seperti Tun\nMahathir yang sentiasa berfokus pada kebajikan rakyat Melayu, kewujudan\nbeberapa orang pegawai atasan dan orang kaya dalam kalangan kaum India dilihat\nsebagai perkembangan dan kemajuan yang mencerminkan keseluruhan kaum minoriti\ntersebut. Bilangan doktor dan peguam yang banyak dalam masyarakat India juga\nsering ditunjukkan sebagai bukti pembangunan kaum. Pada hakikatnya, mereka\nhanyalah bilangan yang terlalu kecil dalam kaum minoriti ini, sedangkan lebih\ndaripada 90% masyarakat India di Malaysia adalah terdiri daripada golongan\nburuh dan pekerja ladang yang tidak mempunyai pendidikan asas. Sungguhpun\npemimpin-pemimpin tersebut sedar akan hakikat ini, namun peluang pendidikan dan\nbantuan ekonomi kepada kaum India tetap diabaikan pada ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, buku yang berjudul <em>&#8216;Malaysia\nIndiargalin Ikkattane Nilai&#8217;<\/em> (Dilema kaum India di Malaysia) telah\nditerbitkan oleh M.Janakiraman. Karya ini dihasilkan berdasarkan persoalan jiwa\nseorang anak jati kaum India yang membesar secara tercicir daripada segala\npertimbangan yang sepatutnya ditawarkan oleh kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Dilema masyarakat India di Malaysia<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"alignleft size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/janaki-raman-boy-2-683x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-5460\" width=\"176\" height=\"264\" srcset=\"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/janaki-raman-boy-2-683x1024.jpg 683w, http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/janaki-raman-boy-2-200x300.jpg 200w, http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/janaki-raman-boy-2-768x1152.jpg 768w, http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/janaki-raman-boy-2-1024x1536.jpg 1024w, http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/janaki-raman-boy-2.jpg 1200w\" sizes=\"auto, (max-width: 176px) 100vw, 176px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>M.Janakiraman sendiri merupakan\nseorang anak ladang yang pernah berdepan dengan masalah-masalah sosioekonomi\ndan sosiopolitik yang dihadapi oleh masyarakat India. Setelah berdepan dengan\nisu migrasi akibat pemecahan ladang, isu surat beranak dan kad pengenalan,\npengabaian peluang pendidikan dan persaingan peluang ekonomi, beliau telah\nmembuat perancangan serta melaksankannya dengan baik untuk mengatasi kekangan\ntersebut. Sungguhpun tidak berpendidikan tinggi, beliau telah menjalankan\npelbagai kajian dan penyelidikan untuk mengumpul sumber-sumber maklumat yang\npenting. M.Janakiraman telah menjadikan Rev.Fr.Y.Carof sebagai gurunya, seorang\npaderi Kristian yang membimbingnya ke arah khidmat sosial. Paderi yang berasal\ndari Perancis itu pernah datang ke Malaysia untuk meluaskan ajaran keagamaan\ndan beliau membimbing masyarakat setempat untuk wujudkan koperasi sebagai\nplatform ekonomi. M.Janakiraman telah mendapat peluang untuk bertemu dengan paderi\ntersebut pada usia muda lalu mengikuti jejak langkah gurunya dengan melakukan\nkerja-kerja sosial dan pengurusan koperasi. Selain itu, penulis veteran\nB.M.Ilamvaluthi yang menjadi gurunya ketika menuntut pendidikan awal turut\ndijadikan sebagai mentor ketika menceburi bidang penulisan.<\/p>\n\n\n\n<p>M.Janakiraman telah mendepankan\nsegala dapatan penemuannya melangkaui sentimen perkauman. Kajian-kajian yang\ndijalankan oleh beliau sama sekali tidak memihak kepada kepentingan mana-mana\nkaum kerana beliau seorang yang berfikiran logik dan rasional. Beliau sentiasa\nmendepankan pendapatnya berdasarkan perspektif yang luas berkaitan perjuangan\nhidup setiap manusia. Beliau sentiasa menegaskan bahawa kelaparan tidak\nmengenal bangsa, kelas atau agama.&nbsp;\nMenerusi penyelidikan, beliau sentiasa mengkaji bagaimana masyarakat\nIndia yang pernah bekerja keras untuk pembangunan negara dan pernah menjadi\nbank undi tetap kepada parti-parti pemerintah buat bertahun-tahun lamanya, kini\ndisisih dan dipinggirkan. Beliau juga tidak pernah berkompromi dalam usaha\nmerekodkan dapatan penyelidikan secara telus. Menurut beliau, membina\nmenara-menara yang tinggi atau menyediakan kemudahan pengangkutan moden tidak\nmembawa erti pembangunan negara yang sebenarnya. Sebaliknya, pembentukan\nkemanusiaan yang unggul serta tidak ditinggalkan dalam bidang pendidikan dan\nekonomi dilihat sebagai identiti sebenar kepada sebuah negara yang maju.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam tempoh 50 tahun ini,\nM.Janakiraman telah menggiatkan usaha-usaha pembangunan insan demi mengurangkan\nbeban kehidupan yang diharungi oleh masyarakat minoriti yang terdiri daripada\npelbagai kaum. Bagi tujuan tersebut, beliau pernah melawat dan mengunjungi\npelbagai kawasan pedalaman, pekan kecil dan penempatan terpencil di seluruh\nMalaysia. Beliau tinggal bersama masyarakat di sana untuk mengetahui kekangan\ndan bebanan hidup yang dilalui oleh mereka. Sebagai seorang rakyat Malaysia\nyang berwawasan luas, beliau sanggup melalui pengalaman hidup masyarakat kaum\nminoriti supaya dapat mengenali faktor yang menjadi punca kepada kekangan\nkehidupan mereka. Sejak kecil lagi, beliau terlibat dalam khidmat sosial dan\nmelakukan kajian lapang melalui pertubuhan-pertubuhan yang disertainya seperti\nMajlis Belia, Koperasi Rakyat, dan Persatuan Khidmat Sosial. Ketika itu,\nbarulah beliau sedar bahawa masalah dan kekangan hidup yang dihadapi oleh\nmasyarakat India yang tinggal di kawasan ladang, punca-puncanya serta kesannya\npada masa hadapan haruslah didokumentasikan dengan selengkapnya. Kemudian,\nbarulah beliau mula mengumpul dokumen-dokumen yang sahih supaya digunakan\nsebagai bukti yang kukuh dalam penyelidikannya. Penyelidikan beliau ini bukan\nseperti kajian yang dijalankan oleh para sarjana demi keperluan pengajian\ntinggi mereka, malah beliau bertekad untuk menjalankan kajian tersebut demi penerokaan\nterhadap perkhidmatan sosial yang menjadi asas dalam kehidupannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau telah melakukan\npenambahbaikan ke atas kandungan penyelidikannya dengan menyelitkan maklumat\nringkas dan gambar-gambar kenangan yang jarang ditemui. Tindakan ini\nmembuktikan beliau mempunyai pemahaman yang mendalam atas tujuan kajian yang\ndilakukannya. Pada masa yang sama, beliau juga tidak bersetuju untuk merekodkan\nfakta-fakta sejarah silam tersebut sebagai turutan kenangan yang bersifat\nnostalgia. Beliau juga tidak menyokong karya-karya sastera yang dihasilkan\ndengan tujuan sedemikian. Beliau yakin bahawa karya-karya sastera seumpama itu\ntidak bermanfaat dalam perbincangan intelektual. Matlamatnya amat jelas, iaitu\nbeliau hendak mengemukakan sumbangan yang dilakukan oleh kaum India kepada\npembangunan negara ini dan seterusnya hendak menyampaikan kekangan hidup yang\ndialami oleh mereka kepada etnik-etnik lain dengan menunjukkan bukti yang\nkukuh. Beliau yakin bahawa matlamatnya itu tidaklah bersifat tindakan demi\nmanfaat kaum sendiri, malah beliau hendak menyuarakan pandangannya terhadap\nketidakadilan yang dialami oleh masyrakat India selaku kaum minoriti di negara\nini.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Personaliti M.Janakiraman<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"373\" height=\"210\" src=\"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/IMG_0079-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-5462\" srcset=\"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/IMG_0079-1.jpg 373w, http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/IMG_0079-1-300x169.jpg 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 373px) 100vw, 373px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>M.Janakiraman mula menceburi bidang\npenulisan pada tahun 80-an dan memantapkan dirinya dengan menulis\nartikel-artikel sosiologi untuk diterbitkan dalam surat khabar. Beliau\nbertungkus lumus untuk menyiapkan kandungan artikel-artikel yang\nditerbitkannya. Demi menegakkan kebenaran dan kesaksamaan dalam kajian sosial\nyang dilakukan, beliau telah mengelakkan dirinya daripada menyertai mana-mana\nparti politik. Pada pandangan beliau, individu yang mempunyai minat yang tulus\ndalam perkhidmatan sosial seharusnya tidak melibatkan diri dalam aktiviti parti\npolitik. Beliau juga pernah berkata bahawa tindakan segelintir pemimpin yang\nterlibat secara aktif dalam perkhidmatan sosial dan kemudiannya menyertai parti\npolitik dilihat sebagai suatu kehilangan yang tidak ternilai kepada komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah menjadi penyelidik lapangan\ndan penulis artikel selama bertahun-tahun, akhirnya M.Janakiraman telah\nmenerbitkan sebuah buku yang berjudul <em>&#8216;The Dilemma of Malaysian Indians&#8217;<\/em>\npada tahun 2006. Kandungan buku itu mengisahkan sejarah dan salasilah kaum\nIndia di negara Malaysia. Buku yang diterbitkan dengan pelbagai rekod dan\ndokumen yang penting itu kemudiannya telah diterjemahkan dan dicetak semula\ndalam bahasa Inggeris. Buku yang diterjemahkan itu telah mendapat perhatian\nramai pembaca dan menerima sambutan baik dalam kalangan etnik lain. Kandungan\nbuku itu dikatakan sesuai untuk dibahaskan dan dibandingkan dengan buku <em>&#8216;The\nMalay Dilemma&#8217;<\/em> yang ditulis oleh Tun Mahathir Mohamad. Setakat ini, buku\nyang ditulis oleh M.Janakiraman itu telah diterbitkan sebanyak empat edisi,\nsetiap edisi tersebut ditambah baik dengan selitan maklumat dan bukti yang\nterkini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 2016, M.Janakiraman telah\nmenyunting dan menerbitkan sebuah edisi ilustrasi yang berjudul <em>&#8216;The\nMalaysian Indian Forgotten History of the Colonial Era&#8217;<\/em>. Edisi tersebut\nmengandungi ratusan gambar yang jarang ditemui serta disunting dengan salinan\ndokumen dan nota yang eksklusif. Buku tersebut direka semata-mata dalam bentuk\nilustrasi supaya mudah menarik minat pembaca sejarah generasi muda. Versi Tamil\nbuku tersebut sedang diproses dan akan diterbitkan pada tahun 2022. <\/p>\n\n\n\n<p>M.Janakiraman telah memikul segala\ntanggungjawab atas penerbitan hasil tulisannya secara seorang diri tanpa\nbergantung pada bantuan mana-mana pihak. Bukankah tugas ini seharusnya\ndilakukan oleh pertubuhan ataupun organisasi sosial yang menerima peruntukan\ndaripada kerajaan pada setiap tahun? Yang paling menyedihkan, buku-buku yang\nditerbitkan oleh beliau tidak mendapat perhatian ataupun pujian yang sewajarnya\ndaripada mana-mana pertubuhan Tamil di negara ini. Atas jasa sosial yang\ndilakukan oleh M.Janakiraman tanpa berharapkan pengiktirafan, beliau pernah\ndiundang oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) untuk menghadiri seminar\nsukarelawan yang dianjurkan di New Delhi pada tahun 1984 untuk berkongsikan\npengalamannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum menerbitkan hasil\ntulisannya, M.Janakiraman telah mengumpulkan data daripada pelbagai sumber dan\nseterusnya menyusun maklumat-maklumat mengikut kadar kebolehpercayaan yang\nsesuai, sama seperti kaedah yang dilakukan dalam penyelidikan ilmiah. Hasil penulisan\nbeliau merupakan sumber rujukan yang terbaik untuk diguna pakai dalam\npersekitaran ilmiah negara kita, khusunya dalam konteks Tamil. Buku-buku yang\nditerbitkan oleh beliau adalah karya yang berkualiti dan sesuai digunakan\nsebagai rujukan oleh penyelidik lain. Beliau telah mengemukakan pelbagai\npersoalan mengenai sejarah berdasarkan dapatan data yang dikumpulnya. Beliau\ntelah menjelaskan faktor-faktor yang menjadi punca kepada masalah yang dihadapi\noleh masyarakat masa kini berlandaskan pelbagai maklumat yang relevan. Usaha\nyang dilakukan oleh M.Janakiraman ini sebenarnya setimpal dengan tugas-tugas\nyang perlu dilakukan oleh pakar-pakar bidang sejarah di peringkat universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>M.Janakiraman yang dilahirkan pada\ntahun 1948, masih meneruskan tugas-tugas sosialnya tanpa berasa jemu walaupun\nsudah berumur 74 tahun. Ketika ditemu bual, ayah kepada tiga orang anak itu\nmengaku bahawa beliau telah menghabiskan banyak masa dalam kerja lapangan dan\npenyelidikan yang dilakukannya dan jarang meluangkan masa bersama keluarganya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sudah terang lagi bersuluh\ndibuktikan bahawa M.Janakiraman merupakan seorang personaliti yang hebat di\nMalaysia, memikirkan keperluan masyarakat tanpa mementingkan diri sendiri.\nUsaha beliau harus disanjung tinggi kerana beliau mampu merangka perancangan\nyang sewajarnya serta menghabiskan hidupnya demi melaksanakan perancangan\ntersebut. Kemungkinan besar, hasil penulisannya itu boleh dipertikaikan dan\ndibahaskan ataupun ada pihak yang mampu mengemukakan idea alternatif yang lebih\nbernas. Namun, idea penyelidikan yang dikemukakan oleh beliau adalah sangat\njujur dan bersifat tulus. Segala persoalan dan idea yang dikemukakan dalam\npenulisannya itu dianggap sangat penting kerana semuanya adalah berdasarkan\npengalaman hidup seorang anak jati yang membesar di kawasan ladang. Dalam\npenulisannya juga, beliau telah mengemukakan aspek-aspek yang perlu dibawa\nkepada pertimbangan kerajaan supaya dapat melakukan tindakan yang sewajarnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kegagalan mengesan ataupun menyedari\nusaha-usaha individu seumpama ini dilihat sebagai kelemahan dalam persekitaran\nTamil. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa usaha dan jasa individu seperti\nM.Janakiraman ini akan diiktiraf sebagai khazanah yang bernilai pada masa\nhadapan. M.Janakiraman telah menunaikan kewajipan sosial beliau kepada komuniti\nini dengan menerbitkan koleksi sejarah yang amat penting. Menerusi usaha yang\ndilakukannya, beliau telah merekodkan baik buruk yang dilalui oleh masyarakat\nTamil di negara ini. Hasil penulisan beliau merupakan dokumen kekal yang bakal\ndigunakan sebagai sumber sejarah. Apabila memperhalusi sejarah tersebut, kita\ndapat sedar bahawa betapa pentingnya unsur perpaduan kaum dan betapa bahayanya\npemecahbelahan antara kaum di negara ini. Sejarah tersebut mampu menyedarkan\nsetiap orang India supaya mengetahui peluang yang terlepas akibat kejahilan\nmereka pada masa silam dan kesan-kesannya yang terpaksa ditanggung. Kajian\nbeliau juga membangkitkan pemikiran kaum India bagaimana mereka harus\nmemperbaiki tahap sosioekonomi mereka di negara ini. Dengan berpandukan pada\ntragedi dan kesilapan masa lalu yang telah berlaku, generasi muda bolehlah\nmenyesuaikan diri untuk menghadapi persaingan hidup di negara ini. Bukan sahaja\nhasil penulisannya, malah nilai dedikasi dan sifat keterbukaan beliau untuk melakukan\nkhidmat sosial juga harus dijadikan teladan kepada golongan belia pada masa\nkini. Vallinam berasa bangga dan berbesar hati untuk menyampaikan Anugerah\nVallinam kepada M.Janakiraman.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>A.Pandiyan Diterjemah ke Bahasa Malaysia oleh S.T. Saravanan. Anugerah Vallinam mula diasaskan pada tahun 2014. Anugerah yang disampaikan sekali bagi tiga tahun itu akan disertakan dengan wang ganjaran sebanyak 5,000 ringgit. Pada tahun ini, Anugerah Vallinam akan dianugerahkan kepada penulis dan aktivis sosial M.Janakiraman. Pergerakan Sastera Vallinam yang menyampaikan anugerah ini lebih dikenali sebagai wajah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[171],"tags":[],"class_list":["post-5457","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-rencana"],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5457","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5457"}],"version-history":[{"count":4,"href":"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5457\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5467,"href":"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5457\/revisions\/5467"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5457"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5457"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/vallinam.com.my\/navin\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5457"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}